Friday, September 30, 2011

Alhamdulillah!


Alhamdulillah! Artikel saya bertajuk "Islamic Consumer Behavior: Its Why and What" telah diterima untuk diterbitkan di International Journal of Business and Social Sciences, 2(20) pada Oktober ini.

Sebaik sahaja menerima berita ini, saya terus bersujud syukur. Indahnya bertuhankan Allah. Pabila kita menggantungkan seluruh nasib kita kepada Dia, apa jua hasil yang diraih, itulah yang terbaik untuk diri kita.

Ya Allah! Di saat aku lalai dari mengingatiMu, Dikau tetap menghulurkan belas kasihanMu kepadaku. Untung nasibku seumpama telur di hujung tanduk. Aku Maha MemerlukanMu. Ampunilah daku. Kasihanilah Daku. Aku sentiasa mendambakan bantuan, kasih sayang dan belas kasihanMu pada setiap detik dan sampai bila-bila........................

Friday, September 16, 2011

Murid Pewaris Perjuangan Guru


Suatu ketika dahulu tatkala bersama dengan Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh di bumi Jeddah, saya melalui pelbagai pengalaman yang cukup berharga untuk setidak-tidaknya mengenali dengan lebih mendalam tentang diri saya sendiri. Daripada pelbagai pengalaman itu, sesi selama 2 minggu di Islamic Research and Training Institute (IRTI) sebagai Penyelidik Pelawat meninggalkan banyak kenangan manis. Antaranya, saya berpeluang membentangkan kertas kerja di hadapan ramai cendiakawan di IRTI termasuk Prof. Bambang (Presiden IRTI pada ketika itu) dan Dr. Umer Chapra (Sarjana Islam tersohor dalam bidang Ekonomi Islam). Ada 2 kerisauan saya sebelum hari pembentangan. Pertama, kelompok hadirin yang jauh lebih tinggi ilmu, kelayakan dan pengalaman akademiknya berbanding saya. Hakikatnya, saya tidak mampu berbahasa Arab, tidak mampu mentafsirkan kalam-kalam Allah, tidak mampu mentakhrijkan hadis, jauh sekali hafiz. Kedua, kesihatan diri saya yang kadangkala tidak di tahap terbaik. Kedua-dua hal ini mampu meruntuhkan tingkat keyakinan diri saya untuk melaksanakan pembentangan dengan jayanya. Andainya saya gagal melaksanakannya, saya tidak hanya menjejaskan reputasi saya sendiri, malahan Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh (Sarjana Pelawat IRTI) dan USM. Lebih jauh dari itu ialah imej Islam kerana audiens saya turut meliputi Sarjana bukan Muslim, iaitu Dr. Shin (Kyoto Universiti) yang juga merupakan Penyelidik Pelawat IRTI.

Bergantunglah dengan Allah! Itulah pesanan ringkas Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh bagi meredakan kerisauan saya. Benar dan sesungguhnya maha benar bahawa tatkala kita menyerahkan seluruh nasib kita kepada Allah setelah berusaha sebaik mungkin, Allah dengan sifatNya Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, tidak akan sekali-kali membiarkan kita dimalukan di hadapan makhlukNya. Apatah lagi bagi pejuang-pejuang Islam.

Alhamdulillah saya berjaya melalui sesi pembentangan itu dengan jayanya. Peristiwa ini sebenarnya turut tercatat dalam blog Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh pada 24 Mei 2010 dengan tajuk 'A THING THAT A REAL TEACHER IS MOST HAPPY WITH'. Itulah hakikat guru yang 'sebenar'. Guru yang sentiasa mendidik muridnya untuk menjadi yang lebih baik daripada dirinya sendiri. Pernah satu ketika saya mengungkapkan kepada guru saya: Saya berharap dapat mengikut jejak langkah Prof dan akhir menjadi seperti Prof. Balas guru saya: Jangan menjadi seperti saya. Tetapi jadilah yang lebih baik daripada saya. Kata-kata inilah yang menjadi perangsang buat saya meneruskan perjuangan guru-guru di ISDEV khususnya guru-guru penyelia saya.

Pada saat ini, saya cuba mengemukakan satu paradigma baharu dalam konteks gelagat pengguna, khususnya gelagat pengguna Islam. Apa yang sedang saya lakukan sekarang ialah penganalisisan tentang ketepatan pengklasifikasian ‘gelagat pengguna Islam’ (GPI) sama ada sebagai satu bidang atau pengkhususan. Sehingga kini, ‘gelagat pengguna’ diklasifikasikan sebagai salah satu pengkhususan kepada bidang 'Pemasaran' (Malaysian Research Development Classification System, Edisi ke-5). Pengklasifikasian ini juga turut dipanjangkan kepada GPI. Melihat kepada evolusi perkembangan ilmu berkaitan gelagat pengguna, lebih-lebih lagi gelagat pengguna yang diteliti menurut perspektif Islam atau mudahnya dikenali sebagai GPI, pengklasifikasian ini perlu dinilai kembali. Sesuai dengan tunjang falsafah GPI yang berbeza dengan pemahaman lazim termasuk tasawur dan epistemologinya, GPI perlu berdiri sendiri sebagai satu bidang. Pada ketika pengklasifikasian sedia ada berlegar dalam konteks 'Pemasaran', manfaat penelitian tentang gelagat pengguna hanya terfokus kepada usaha untuk menambah baik pihak penyedia perkhidmatan atau produk, tidak di pihak pengguna. Tumpuan bagi GPI khususnya seharusnya beralih kepada konteks yang lebih luas - tidak hanya terikat kepada bidang pemasaran - dengan matlamat untuk memahami realiti semasa dan hal yang bersifat ideal menurut kerangka syarak.

Perkara di atas inilah yang akan saya ketengahkan dalam satu persidangan pada November nanti dengan tajuk GELAGAT PENGGUNA ISLAM: SATU BIDANG ATAU PENGKHUSUSAN?

Jika dahulu guru saya memperkenalkan 'Pembangunan Berteraskan Islam' sebagai satu bidang, usaha yang serupa diteruskan oleh saya dengan memperkenalkan 'Gelagat Pengguna Islam' sebagai satu bidang, tidak lagi pengkhususan. Doakan usaha saya ini direstui Allah, moga-moga segala kebaikan dan manfaatnya tersebar ke seluruh pelusuk alam.



Wednesday, August 24, 2011

Salam Aidilfitri

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki pada saat ini. Pada ketika ada insan yang menderita mencari sesuap nasi, hargailah segala kurniaan Allah hatta sebutir nasi.

Maaf zahir dan batin.

Tuesday, August 9, 2011

Ulul Albab


It's a wonderful time to see Terengganu to be the first state in Malaysia even in the world to implement the concept of ulul albab in the education system.

Monday, May 16, 2011

Islamic Consumer Behavior: Easy To Access?

Picture: 'Proper Islamic Consumption' written by Johan Fischer



I still remember during my graduate studies, it was obviously difficult to find books relating to Islamic Consumer Behavior. We can find thousands of books entitled 'Consumer Behavior' (CB), but not 'Islamic Consumer Behavior' (ICB). Why is it so? One might say that the discussion of 'Islam' is already included in the entire discussion of CB. When we refer Solomon's work for instance and other CB scholars, this statement is exactly true. You know why? They treat religion as a sub-culture, considering that culture is very important domain to understand the phenomenon of behavior amongst consumers. One might also say that there's nothing much different between ICB and CB. Anything goes beyond Islamic principles will be replaced by the ideal one according to Islam while other things remain unchanged, such as philosophical underpinning parts. For that reason, it is not so suprise to see many Islamic research heavily rely on the existing conventional model or theory to be used as guidance in order to find the truth. To prove so, there are significant numbers of Islamic research apply Theory of Reasoned Action (TRA) without knowing how inaccurate this theory is according to Islamic principles.



Perhaps these are the reasons why we hardly find books relating to ICB. Even if we have it as what Johan Fischer did (refer picture; to my observation, this is the only ICB textbook exists in the market), his discussion only focusses on the reality happened in the Muslims community, not the philosophical parts.



So what?






Saturday, May 14, 2011

Rinduku Padanya Datang Lagi

Gambar: Bersama guru saya, Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh di Makkah


Rindunya untuk kembali menjejakkan kaki di bumi Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah. Hari ini pada tahun yang lalu, saya berlepas dari bumi Malaysia ke bumi anbiya'. Mencari pencipta diri. Mencari hakikat diri. Mencari ketenangan yang hakiki.

"Ya Allah! Ampunilah hambaMu ini yang banyak khilaf. Janganlah dengan sebab dosa-dosaku yang banyak menjadi asbab datangnya kemurkaanMu kepadaku. Murahkanlah rezekiku dan keluargaku untuk kami segera menjadi tetamuMu dalam panggilan haji."

Labbaikallahummalabbaik. Labbaikalasyarikalakalabbaik. Innalhamda, wannikmata lakawalmulk. Lasyarikalah

Tuesday, October 12, 2010

Memori September - Kisah Pertama

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar.........................tanggal 23 September 2010 yang lalu, Allah SWT memberikan belas kasihanNya yang tidak ternilai harganya kepada saya. Dek keranaNya, saya diberikan kemudahan melalui sesi viva voce dengan cemerlang. Ketiga-tiga pemeriksa tesis juga mencadangkan agar tesis saya yang bertajuk "Penentu Pemilihan Institusi Perbankan Islam Dalam Kalangan Muslim di Terengganu" diberikan anugerah. Alhamdulillah!

Pada ruangan ini, saya ingin berkongsi dengan kalian tentang apa yang telah terjadi pada hari tersebut dan barangkali ada pengajaran tertentu yang boleh kita kutip daripadanya.

Pagi 23 September 2010 bukanlah hari yang mudah untuk dilalui. Apatah lagi pada malam sebelumnya, terasa begitu sukar untuk melelapkan mata. Ditambah pula dengan penyakit 'floating' saya, setiap detik yang berlalu begitu menekan emosi dan perasaan.

Saya mula bergerak dari hotel B-Suite menuju ke USM pada jam 8.15. Jam 8.30, saya dan seluruh warga Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) (termasuk kedua-dua penyelia tesis saya - Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh dan Dr. Zakaria Bahari, para pensyarah dan para pelajar) telah bersepakat untuk berkumpul di Masjid al-Khalik, USM bagi menunaikan solat hajat berjemaah. Memohon kepada Allah SWT, mudah-mudahan insan yang bernama 'Ahmad Azrin Adnan' dipermudahkan dalam segala urusannya. Begitulah tradisi ISDEV yang cukup unik dan Islamik.
Setelah selesai solat hajat, kami bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan. Satu demi satu, saya peluk erat teman-teman seumpama sebuah keluarga yang saling berkasih sayang demi kerana Allah SWT.

Buat seketika, pelukan saya terhenti panjang pada seseorang. Saya menangis seraya memeluk beliau. Insan yang saya maksudkan itu ialah Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh.

Banyak teman yang bertanyakan kepada saya, apakah cerita di sebalik tangisan itu?

Tatkala berada pada tahap ini (sesi viva-voce), selangkah lagi.......... saya akan meninggalkan ISDEV. Meninggalkan ISDEV juga bermakna saya mula berjauhan dengan Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh. Hadirnya beliau dalam hidup saya begitu mengesankan dan tentunya terjadi proses pengislahan dalam beberapa hal, setidak-tidaknya paradigma berfikir dan falsafah yang menjadi tunjang pegangan. Beliau tidak hanya memimpin saya dalam prakarsa menjadi seorang penyelidik atau juga seorang pemimpin yang tunduk patuh kepada Allah dan mesra alam dengan segala bentuk makhluk, tetapi juga memimpin saya ke hospital sewaktu saya ditimpa sakit. Agaknya, 'beliau'lah hadiah yang Allah kurniakan kepada saya sewaktu saya berlapang dada menerima kesulitanNya suatu ketika dahulu (sebelum melanjutkan pengajian di USM) apabila tidak dapat menikmati nikmat 'lena' selama hampir sebulan.