Saturday, April 20, 2013

Kita Semua Terkena Tempias Riba






 Ada pelajar saya bertanya melalui FB. Bunyinya begini: "Dr. Azrin, saya nak minta pendapat, apa yang perlu saya jawab sebagai seorang pelajar kewangan Islam bila ada mengatakan:

“Sistem riba kita semua orang yang terkena tempias kepada sistem ini sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Ini kerana kita mengamalkan riba melalui pinjaman pelajaran, pinjaman rumah dan kenderaan, kad kredit, simpanan bank, ASB dan Mutual Trust, insuran, kawalan harga kerajaan bagi makanan dikeluarkan petani, nelayan dan penternak (paksaan dengan memerah keringat pertani, nelayan dan penternak), perniagaan yang tidak mengikut rukun Islam dsbnya. Adakah anda tahu skop dan dosa ditanggung akibat mengamalkan riba?
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”.
“Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
(al-Baqarah, 275)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN DARI ALLAH DAN RASUL-NYA, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
(al-Baqarah, 279-281)
“…Riba itu mempunyai 73 jenis; sedangkan yang paling ringan adalah seperti seseorang yang bersetubuh dengan ibunya…”
(HR Ibnu Majah dan Al-Hakim)
“…Satu dirham (RM14) yang diperoleh seseorang dari hasil riba lebih besar dosanya 36 kali daripada perbuatan zina dalam Islam…”
(HR al-Baihaqi)
Hadis menyatakan pemberi riba, pengambil riba, perekod riba (semua lapisan pekerja bank), dan semua lapisan saksi seperti peguam, hakim, pendaftar mahkamah, saksi perbicaraan, ulama dan ustaz, pengubal undang-undang dsb adalah turut menanggung dosa riba (fungsi saksi ialah sesiapa yang mengesahkan kebenaran perjanjian riba sebagai perjanjian sah; Fatwa).
Jabir r.a. meriwayatkan: “..Rasulullah melaknat pemakan riba, pemberi riba, penulis dan kedua saksinya… Mereka itu adalah sama…”;
(HR Muslim)
Oleh itu jika kita membeli rumah RM100,000 dibayar dalam 30 tahun, bank mengenakan riba sebanyak RM300,000. Maka dosa bagi riba ialah RM400,000 atau $28,571 Dirham, iaitu dosa menyetubuhi ibu sendiri dan sebanyak 1,028,571 kali.


Begini jawapan saya kepada pelajar saya:

Apa yang disebut oleh insan tersebut sangat benar dalam hal yang menyatakan tentang haramnya terlibat dengan transaksi riba. Memang benar juga apabila disebut begini: "sistem riba kita semua orang yang terkena tempias kepada sistem ini sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja." Namun begitu mengatakan bank Islam yang ada di Malaysia tidak Islamik, bukanlah kenyataan yang tepat kerana 2 sebab:

1. Ada hal yang berada di luar kawalan kita. SPI hanya wujud pada tahun 1983 di Malaysia. Ertinya, kita telah menerima pakai SPK sejak sekian lamanya. Sistem sedia ada tidak mungkin dapat kita hapuskan 100% melainkan kita adalah Perdana Menteri. Jika begitu keadaannya, apa yang perlu dipastikan agar gelagat kita patuh syariah adalah dengan hanya bertransaksi dengan mana-mana produk atau servis yang telah diwartakan 'patuh syariah' oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh, kita tidak boleh memperlekehkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tentang keharusan melabur dalam ASB dan ASN. Meskipun kita berpandangan sebaliknya, ia bukan tiket untuk mengatakan orang yang berpegang kepada ketetapan JFK sebagai tidak patuh syariah. Apatah lagi Allah menyebut: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286].

2. Realiti yang berlaku dalam institusi kewangan Islam tidak semudah yang disangka. Banyak orang bercakap tentang keidealan dalam pelaksanaan SPI. Ia berantaian dari satu sistem dengan sistem yang lain. Sebagai contoh, ada orang memperlekehkan usaha bank Islamik di Malaysia yang lebih tertumpu kepada pembiayaan berasaskan hutang, tidak pembiayaan berasaskan ekuti. Tetapi tahukah kita bahawa ini terjadi kerana pada ketika bank melaksanakan pembiayaan berasaskan ekuti, banyak pula pelanggan yang ingkar dalam pembayaran balik sehingga menyukarkan pihak bank untuk membayar hibah atau keuntungan pelaburan kepada para pendeposit mahupun pelabur.

Oleh kerana itu, yang terlebih penting adalah memastikan diri kita terutamanya, kemudiannya ahli keluarga kita bebas dari sebarang aktiviti riba. Perbuatan didahulukan (bukannya percakapan atau penulisan), kualiti amal diutamakan. 


Tuesday, February 21, 2012

Mission Impossible?


Is there any possibility to see PR is a part of BN or vice versa?

Tuesday, December 27, 2011

Majlis Restu Ilmu

Foto: Bersama para pelajar lelaki program BBA(Kewangan Islam) Semester 7


Foto: Para pelajar bermaaf-maafan sesama sendiri dalam Majlis Restu Ilmu


Foto: Bersama Wakil Kelas, Sam


Para malim kini dihambat pelbagai pendekatan Barat, misalnya LOKI, Aras Taksonomi, Student-Centered-Learning (SCL) dan sebagainya untuk dipraktikkan di institusi masing-masing. Semua pendekatan ini diyakini mampu membentuk para pelajar untuk menjadi lebih 'matang' dan 'bersedia' tatkala memasuki alam pekerjaan.

Di sebalik pelaksanaan semua perkara ini, saya lihat ada lompang yang cukup besar dalam kalangan pelajar kita. Jiwa terasa kosong...........sepi............... sikapnya selfish, A A A A (sasaran setiap subjek), nawaitunya entah ke mana, guru? (tak lebih sebagai instrumen meraih markah terbaik bagi subjek yang diambil). Tidak hairanlah kenapa hubungan murid-guru itu hanya bersifat sementara, tidak kekal merentasi masa. Tiada tautan hati antara kedua-duanya. Walhal inilah tradisi para ulama terdahulu. Saling berkasih sayang antara satu sama lain agar sama-sama dapat menghuni syurga bersama Rasulullah s.a.w.

Daripada pelbagai tradisi yang ada, majlis restu ilmu antara yang saya lakukan pada penghujung kuliah baru-baru ini. Terpamer betapa murid-murid saya begitu luhur hatinya, begitu hormatkan gurunya, begitu tinggi budi bahasanya dan begitu menyayangi saya. Inilah yang dikatakan 'tautan hati'....................................

Wednesday, October 26, 2011

Dear My Beloved Students

Assalamualaikum wrm. wbth. to all my beloved students

Mid-semester examination is just around the corner. Do strive harder and smarter to be the best among the best and don’t forget to always remember Allah s.w.t. To assist all of you in doing preparation for module of Islamic Financial Institutions and Markets (MWS4173), here some tips:

The examination paper consists of 3 types of questions, i.e (1) short essay, (2) fill in the blanks and (3) multiple choice and true false questions.

As overall, you are advised to review all contents from topic 1-5 (INCEIF module), book entitled Islamic Finance and Banking System (written by Sudin Haron & Wan Nursofiza Wan Azmi; McGraw Hill; page 70-73) and also book entitled Sistem Kewangan and Perbankan Islam (written by Sudin Haron; Kuala Lumpur Business School; page 65-85).

To be more specific, these are some parts that require more concentration:

TOPIC 1

1.2, 1.3 (1.3.1, 1.3.2)

TOPIC 2

2.2 (2.2.1, 2.2.4, 2.2.6)

TOPIC 3

3.3

TOPIC 4

4.2, 4.6

Malaysia vs Turkey

TOPIC 5

5.10

Good luck!

Friday, September 30, 2011

Alhamdulillah!


Alhamdulillah! Artikel saya bertajuk "Islamic Consumer Behavior: Its Why and What" telah diterima untuk diterbitkan di International Journal of Business and Social Sciences, 2(20) pada Oktober ini.

Sebaik sahaja menerima berita ini, saya terus bersujud syukur. Indahnya bertuhankan Allah. Pabila kita menggantungkan seluruh nasib kita kepada Dia, apa jua hasil yang diraih, itulah yang terbaik untuk diri kita.

Ya Allah! Di saat aku lalai dari mengingatiMu, Dikau tetap menghulurkan belas kasihanMu kepadaku. Untung nasibku seumpama telur di hujung tanduk. Aku Maha MemerlukanMu. Ampunilah daku. Kasihanilah Daku. Aku sentiasa mendambakan bantuan, kasih sayang dan belas kasihanMu pada setiap detik dan sampai bila-bila........................

Friday, September 16, 2011

Murid Pewaris Perjuangan Guru


Suatu ketika dahulu tatkala bersama dengan Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh di bumi Jeddah, saya melalui pelbagai pengalaman yang cukup berharga untuk setidak-tidaknya mengenali dengan lebih mendalam tentang diri saya sendiri. Daripada pelbagai pengalaman itu, sesi selama 2 minggu di Islamic Research and Training Institute (IRTI) sebagai Penyelidik Pelawat meninggalkan banyak kenangan manis. Antaranya, saya berpeluang membentangkan kertas kerja di hadapan ramai cendiakawan di IRTI termasuk Prof. Bambang (Presiden IRTI pada ketika itu) dan Dr. Umer Chapra (Sarjana Islam tersohor dalam bidang Ekonomi Islam). Ada 2 kerisauan saya sebelum hari pembentangan. Pertama, kelompok hadirin yang jauh lebih tinggi ilmu, kelayakan dan pengalaman akademiknya berbanding saya. Hakikatnya, saya tidak mampu berbahasa Arab, tidak mampu mentafsirkan kalam-kalam Allah, tidak mampu mentakhrijkan hadis, jauh sekali hafiz. Kedua, kesihatan diri saya yang kadangkala tidak di tahap terbaik. Kedua-dua hal ini mampu meruntuhkan tingkat keyakinan diri saya untuk melaksanakan pembentangan dengan jayanya. Andainya saya gagal melaksanakannya, saya tidak hanya menjejaskan reputasi saya sendiri, malahan Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh (Sarjana Pelawat IRTI) dan USM. Lebih jauh dari itu ialah imej Islam kerana audiens saya turut meliputi Sarjana bukan Muslim, iaitu Dr. Shin (Kyoto Universiti) yang juga merupakan Penyelidik Pelawat IRTI.

Bergantunglah dengan Allah! Itulah pesanan ringkas Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh bagi meredakan kerisauan saya. Benar dan sesungguhnya maha benar bahawa tatkala kita menyerahkan seluruh nasib kita kepada Allah setelah berusaha sebaik mungkin, Allah dengan sifatNya Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, tidak akan sekali-kali membiarkan kita dimalukan di hadapan makhlukNya. Apatah lagi bagi pejuang-pejuang Islam.

Alhamdulillah saya berjaya melalui sesi pembentangan itu dengan jayanya. Peristiwa ini sebenarnya turut tercatat dalam blog Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh pada 24 Mei 2010 dengan tajuk 'A THING THAT A REAL TEACHER IS MOST HAPPY WITH'. Itulah hakikat guru yang 'sebenar'. Guru yang sentiasa mendidik muridnya untuk menjadi yang lebih baik daripada dirinya sendiri. Pernah satu ketika saya mengungkapkan kepada guru saya: Saya berharap dapat mengikut jejak langkah Prof dan akhir menjadi seperti Prof. Balas guru saya: Jangan menjadi seperti saya. Tetapi jadilah yang lebih baik daripada saya. Kata-kata inilah yang menjadi perangsang buat saya meneruskan perjuangan guru-guru di ISDEV khususnya guru-guru penyelia saya.

Pada saat ini, saya cuba mengemukakan satu paradigma baharu dalam konteks gelagat pengguna, khususnya gelagat pengguna Islam. Apa yang sedang saya lakukan sekarang ialah penganalisisan tentang ketepatan pengklasifikasian ‘gelagat pengguna Islam’ (GPI) sama ada sebagai satu bidang atau pengkhususan. Sehingga kini, ‘gelagat pengguna’ diklasifikasikan sebagai salah satu pengkhususan kepada bidang 'Pemasaran' (Malaysian Research Development Classification System, Edisi ke-5). Pengklasifikasian ini juga turut dipanjangkan kepada GPI. Melihat kepada evolusi perkembangan ilmu berkaitan gelagat pengguna, lebih-lebih lagi gelagat pengguna yang diteliti menurut perspektif Islam atau mudahnya dikenali sebagai GPI, pengklasifikasian ini perlu dinilai kembali. Sesuai dengan tunjang falsafah GPI yang berbeza dengan pemahaman lazim termasuk tasawur dan epistemologinya, GPI perlu berdiri sendiri sebagai satu bidang. Pada ketika pengklasifikasian sedia ada berlegar dalam konteks 'Pemasaran', manfaat penelitian tentang gelagat pengguna hanya terfokus kepada usaha untuk menambah baik pihak penyedia perkhidmatan atau produk, tidak di pihak pengguna. Tumpuan bagi GPI khususnya seharusnya beralih kepada konteks yang lebih luas - tidak hanya terikat kepada bidang pemasaran - dengan matlamat untuk memahami realiti semasa dan hal yang bersifat ideal menurut kerangka syarak.

Perkara di atas inilah yang akan saya ketengahkan dalam satu persidangan pada November nanti dengan tajuk GELAGAT PENGGUNA ISLAM: SATU BIDANG ATAU PENGKHUSUSAN?

Jika dahulu guru saya memperkenalkan 'Pembangunan Berteraskan Islam' sebagai satu bidang, usaha yang serupa diteruskan oleh saya dengan memperkenalkan 'Gelagat Pengguna Islam' sebagai satu bidang, tidak lagi pengkhususan. Doakan usaha saya ini direstui Allah, moga-moga segala kebaikan dan manfaatnya tersebar ke seluruh pelusuk alam.



Wednesday, August 24, 2011

Salam Aidilfitri

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki pada saat ini. Pada ketika ada insan yang menderita mencari sesuap nasi, hargailah segala kurniaan Allah hatta sebutir nasi.

Maaf zahir dan batin.

Tuesday, August 9, 2011

Ulul Albab


It's a wonderful time to see Terengganu to be the first state in Malaysia even in the world to implement the concept of ulul albab in the education system.

Monday, May 16, 2011

Islamic Consumer Behavior: Easy To Access?

Picture: 'Proper Islamic Consumption' written by Johan Fischer



I still remember during my graduate studies, it was obviously difficult to find books relating to Islamic Consumer Behavior. We can find thousands of books entitled 'Consumer Behavior' (CB), but not 'Islamic Consumer Behavior' (ICB). Why is it so? One might say that the discussion of 'Islam' is already included in the entire discussion of CB. When we refer Solomon's work for instance and other CB scholars, this statement is exactly true. You know why? They treat religion as a sub-culture, considering that culture is very important domain to understand the phenomenon of behavior amongst consumers. One might also say that there's nothing much different between ICB and CB. Anything goes beyond Islamic principles will be replaced by the ideal one according to Islam while other things remain unchanged, such as philosophical underpinning parts. For that reason, it is not so suprise to see many Islamic research heavily rely on the existing conventional model or theory to be used as guidance in order to find the truth. To prove so, there are significant numbers of Islamic research apply Theory of Reasoned Action (TRA) without knowing how inaccurate this theory is according to Islamic principles.



Perhaps these are the reasons why we hardly find books relating to ICB. Even if we have it as what Johan Fischer did (refer picture; to my observation, this is the only ICB textbook exists in the market), his discussion only focusses on the reality happened in the Muslims community, not the philosophical parts.



So what?






Saturday, May 14, 2011

Rinduku Padanya Datang Lagi

Gambar: Bersama guru saya, Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh di Makkah


Rindunya untuk kembali menjejakkan kaki di bumi Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah. Hari ini pada tahun yang lalu, saya berlepas dari bumi Malaysia ke bumi anbiya'. Mencari pencipta diri. Mencari hakikat diri. Mencari ketenangan yang hakiki.

"Ya Allah! Ampunilah hambaMu ini yang banyak khilaf. Janganlah dengan sebab dosa-dosaku yang banyak menjadi asbab datangnya kemurkaanMu kepadaku. Murahkanlah rezekiku dan keluargaku untuk kami segera menjadi tetamuMu dalam panggilan haji."

Labbaikallahummalabbaik. Labbaikalasyarikalakalabbaik. Innalhamda, wannikmata lakawalmulk. Lasyarikalah

Tuesday, October 12, 2010

Memori September - Kisah Pertama

SubhanaAllah Alhamdulillah Allahuakbar.........................tanggal 23 September 2010 yang lalu, Allah SWT memberikan belas kasihanNya yang tidak ternilai harganya kepada saya. Dek keranaNya, saya diberikan kemudahan melalui sesi viva voce dengan cemerlang. Ketiga-tiga pemeriksa tesis juga mencadangkan agar tesis saya yang bertajuk "Penentu Pemilihan Institusi Perbankan Islam Dalam Kalangan Muslim di Terengganu" diberikan anugerah. Alhamdulillah!

Pada ruangan ini, saya ingin berkongsi dengan kalian tentang apa yang telah terjadi pada hari tersebut dan barangkali ada pengajaran tertentu yang boleh kita kutip daripadanya.

Pagi 23 September 2010 bukanlah hari yang mudah untuk dilalui. Apatah lagi pada malam sebelumnya, terasa begitu sukar untuk melelapkan mata. Ditambah pula dengan penyakit 'floating' saya, setiap detik yang berlalu begitu menekan emosi dan perasaan.

Saya mula bergerak dari hotel B-Suite menuju ke USM pada jam 8.15. Jam 8.30, saya dan seluruh warga Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) (termasuk kedua-dua penyelia tesis saya - Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh dan Dr. Zakaria Bahari, para pensyarah dan para pelajar) telah bersepakat untuk berkumpul di Masjid al-Khalik, USM bagi menunaikan solat hajat berjemaah. Memohon kepada Allah SWT, mudah-mudahan insan yang bernama 'Ahmad Azrin Adnan' dipermudahkan dalam segala urusannya. Begitulah tradisi ISDEV yang cukup unik dan Islamik.
Setelah selesai solat hajat, kami bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan. Satu demi satu, saya peluk erat teman-teman seumpama sebuah keluarga yang saling berkasih sayang demi kerana Allah SWT.

Buat seketika, pelukan saya terhenti panjang pada seseorang. Saya menangis seraya memeluk beliau. Insan yang saya maksudkan itu ialah Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh.

Banyak teman yang bertanyakan kepada saya, apakah cerita di sebalik tangisan itu?

Tatkala berada pada tahap ini (sesi viva-voce), selangkah lagi.......... saya akan meninggalkan ISDEV. Meninggalkan ISDEV juga bermakna saya mula berjauhan dengan Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh. Hadirnya beliau dalam hidup saya begitu mengesankan dan tentunya terjadi proses pengislahan dalam beberapa hal, setidak-tidaknya paradigma berfikir dan falsafah yang menjadi tunjang pegangan. Beliau tidak hanya memimpin saya dalam prakarsa menjadi seorang penyelidik atau juga seorang pemimpin yang tunduk patuh kepada Allah dan mesra alam dengan segala bentuk makhluk, tetapi juga memimpin saya ke hospital sewaktu saya ditimpa sakit. Agaknya, 'beliau'lah hadiah yang Allah kurniakan kepada saya sewaktu saya berlapang dada menerima kesulitanNya suatu ketika dahulu (sebelum melanjutkan pengajian di USM) apabila tidak dapat menikmati nikmat 'lena' selama hampir sebulan.

Monday, September 13, 2010

Pesanan Buat Semua

Assalamualaikum wrmt wbth.

Saya dengan penuh rendah hati memohon guru-guru, sahabat-sahabat, tuan-tuan, puan-puan dan murid-murid sekalian agar memaafkan segala kesilapan, keterlanjuran, kesalahan dan kecuaian saya terhadap kalian. Doakan dan hadiahkan saya
al-Fatihah atau solat hajat agar saya dipermudahkan Allah SWT
untuk melalui sesi viva-voce pada 23 September 2010 (Khamis) ini di Universiti Sains Malaysia.



Monday, July 5, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah ku panjatkan seluruh rasa syukurku kehadrat Ilahi kerana mempermudahkan segalanya. Tanggal 25 Jun 2010 yang lalu berakhirlah statusku sebagai seorang pelajar pasca siswazah di Universiti Sains Malaysia sebaik sahaja tesis bertajuk "Penentu Pemilihan Institusi Perbankan Islam Dalam Kalangan Muslim di Terengganu" diserahkan ke Institut Pengajian Siswazah. Ternyata Allah memakbulkan salah satu daripada 1001 doaku (dapat menyerahkan tesis pada akhir Jun 2010) yang ku pinta di hadapan Baitullah.

Duhai Ilahi....... engkaulah maksudku, redhamu menjadi dambaanku!

Sunday, June 6, 2010

I'm Back!

InsyaAllah I'll share every single stories with all of you when I was at Jeddah, Mecca and Medina for about 17 days.

Sunday, January 10, 2010

4 Kumpulan Pengguna Perbankan Islam di Malaysia: Anda Kategori Mana?

Umumnya masyarakat Muslim di Malaysia boleh terbahagi kepada 4 kumpulan pengguna perbankan:

1. Faham tentang sistem perbankan Islam dan sangat mengambil berat unsur halal dan haram dalam penggunaan. Kumpulan ini pastinya pelanggan setia IPI meskipun perkhidmatan yang diraih tidak memenuhi jangkaannya.

2. Faham tentang sistem perbankan Islam dan mengambil berat unsur halal dan haram dalam penggunaan tetapi tidak dizahirkan dalam bentuk amalan seharian. Kumpulan ini berhubungan dengan kedua-dua institusi sama ada Islam atau konvensional.

3. Tidak faham sangat tentang sistem perbankan Islam tetapi cukup prihatin dengan unsur halal dan haram dalam penggunaan. Kumpulan ini berhubungan dengan IPI dan IPK (ada sesetengahnya hanya berhubungan dengan IPI). Walau bagaimanapun, hubungannya dengan IPI tidak lebih sekadar ikut-ikutan.

4. Tidak faham tentang sistem perbankan Islam dan pastinya tidak mengambil berat unsur halal dan haram dalam penggunaan. Justeru tidak kisah berhubungan dengan mana-mana institusi yang dianggap serupa sahaja. Paling penting, segala keperluan dan kehendak dipenuhi.

Daripada keempat-empat kumpulan ini, hanya kumpulan pertama yang disifatkan sebagai ideal dan patuh syariah sekali gus memenuhi tuntutan syarak. Marilah kita berusaha sedaya mungkin untuk berada dalam kumpulan yang pertama. Moga-moga Allah dan RasulNya tidak mengisytiharkan perang kepada kita yang Maha Dhaif dan Maha Memerlukan Belas KasihanNya. Tidakkah nasib kita seumpama telur di hujung tanduk, begitulah nasib kita yang ditentukan oleh Allah azzawajalla....

Friday, January 8, 2010

Thesis Progress

I attended SIW500 lecture on last Thursday chaired by Associate Professor Dr. Abd. Fatah Che Hamat. In the session, Professor Dr. Muhammad Syukri Salleh has been invited to deliver a lecture on literature review. Alhamdulillah, after listening to the lecture, my general understanding about the construction of a thesis is on the right path. However, there are few things that need to be improved, especially the use of words and others. The discussion also led to significant changes to my chapter 5 and chapter 6 of my thesis. At first, I separate between research findings and discussion. After getting suggestion from Professor Dr. Muhammad Syukri Salleh, I decided to combine the findings and discussion. Thus, chapter 5 consists of findings and discussion. Finally, chapter 6 is the closing chapter.

Overall, these are the chapters in my thesis entitled 'Determinants Compliance of Islamic Banking Institution Selection Among Muslims in Terengganu':

Chapter 1: Introduction
Chapter 2: Past Research and Literature Review
Chapter 3: Research Method
Chapter 4: Experts Analysis On Determinants of Bank Selection According to Shariah
Chapter 5: Reality on Islamic Banking Institution Selection and Determinants Compliance of Bank Selection According to Shariah Among Muslims in Terengganu
Chapter 6: Conclusion

I am currently in the fifth chapter. InsyaAllah, I will start the last chapter (chapter 6) by early February 2010.

Friday, January 1, 2010

Dalil Nas Sebagai Hujah

Perhatikan bagaimana Allah menyebut di dalam surah al-a'raf ayat 96, betapa besarnya ganjaran bagi setiap insan yang beriman dan bertaqwa (tidak hanya sekadar beriman tetapi dibuktikan dengan amal) dengan hadiah 'barakah'. Janji Allah Maha Benar sedang Dia memiliki perbendaharaan Yang Maha Luas.

Dalil nas inilah yang dituturkan oleh Pak Sukiman pada ketika beliau menjawab salah satu pertanyaan daripada salah seorang pemeriksa semasa sidang viva voce. Ternyata jawapan itu terlalu sempurna bagi soalan yang berbunyi begini: apakah ada jaminan jika sekiranya Acheh melaksanakan pembangunan berteraskan Islam, tsunami atau bala lain tidak akan terjadi lagi?

Jika dihayati hujah Pak Sukiman, memang benar, sesiapapun tidak bisa memberi jaminan akan sesuatu kerana ia milik mutlak Allah. Kita hanya dihidangkan dengan dua pilihan, sama ada ke neraka atau syurga, memilih dosa atau pahala, melakukan kejahatan atau kebaikan, menjadi tuhan atau hamba, meraih murka Allah atau kasih sayang Allah. Pendeknya, tidak ada pilihan ketiga.

Andai begitu kedudukannya, pasti kita memilih jalan yang selamat. Jalan yang membawa kepada kedamaian, ketenteraman dan kegembiraan rohani dan jasmani. Apa pun yang terjadi selepas itu, semuanya dalam rahsia Allah. Lebih jelas lagi, apabila datangnya tsunami, ia tidak mengenal sesiapa sama ada yang tua atau muda, beriman atau tidak, kaya atau miskin, baik atau jahat. Jika sudah tersurat kematiannya, pasti ia akan terjadi. Lalu di mana adilnya Allah? Turunkan sahaja bala itu kepada orang yang ingkar. Kenapa pula kami yang beriman ini turut terkena tempias? (Soalan ini turut ditanya oleh pemeriksa yang lain semasa sidang viva voce).

Pak Sukiman dengan tenang dan penuh yakin menjawab begini: Allah itu Maha Adil. Jika dipilih-pilih (bala hanya kepada orang jahat), yang terkorban itu pastinya sudah diketahui datang daripada kelompok yang jahat. Di sinilah Allah menutup aib sesiapa sahaja. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui nasib seseorang. Mereka yang beriman dan bertaqwa pula meskipun turut terkorban, sebenarnya itulah wasilah untuk sampai ke syurga. Dipertemukan dengan Allah di hari yang kekal abadi di perkampungan akhirat. Sebaliknya, mereka yang kufur dan ingkar, pastinya juga wasilah untuk sampai ke neraka.

Segala jawapan yang dilontarkan oleh Pak Sukiman ternyata memukau semua pemeriksa termasuk hadirin. Inilah tanda dan bukti betapa penyerahan yang hakiki kepada Allah, pasti akan hadir bantuan dan pertolongan Allah dari pelbagai arah sehingga saya merasa bilik viva-voce (Mclintock Room) begitu padat, seolah-olah dipenuhi oleh para malaikat.

Allah mendengar rintihan kita dalam satu jamaah, mengiringi Pak Sukiman bermula dari masjid al-khalik (solat hajat berjamaah) hingga ke bilik Mclintock. Akhirnya, Pak Sukiman melalui viva-voce dengan cemerlang. Titisan air mata tatkala berpelukan dengan guru (Profesor Muhammad Syukri Salleh) tanda bukti tautan kasih sayang yang tetap kekal sepanjang hayat.

Pak Sukiman telah lulus PhD dengan pangkat 1 (lulus dengan sedikit pembaikian). Perjuangan Pak Sukiman di USM telah selesai, tetapi perjuangan yang hakiki masih belum selesai. Selepas ini, rakan-rakan ISDEV seterusnya akan melalui suasana yang sama (viva-voce) seperti Pak Sukiman. Salah seorangnya adalah AHMAD AZRIN ADNAN.

InsyaAllah, saya kini sedang bertungkus lumus menyiapkan draf pertama yang dijangka akan diserahkan kepada Profesor Muhammad Syukri Salleh (Penyelia Utama) dan Dr. Zakaria Bahari (Penyelia Bersama) pada bulan Mac untuk semakan pertama. Jika diizinkan Allah, bulan Jun 2010 insyaAllah dapat disempurnakan proses penyerahan tesis kepada Institut Pengajian Siswazah.

NOTA: Saya kini di Bab 5 daripada 7 Bab keseluruhannya.

Wednesday, December 30, 2009

Ayoh Pak Sukiman!

Hari ini dan esok merupakan detik yang cukup penting kepada salah seorang sahabat saya, Sukiman yang akan berhadapan dengan peperiksaan lisan. Hari ini misalnya beliau telah melalui mock viva yang dikendalikan secara simulasi. Biarpun agak sedikit santai (mungkin juga kerana soalan-soalan yang ditanya tidak terfokus kepada hal-hal yang teknikal), setidak-tidaknya ia memberi sedikit gambaran tentang perkara yang akan berlaku semasa sesi viva.

Segala tips daripada Profesor Muhammad Syukri Salleh, Dr. Zaini Abu Bakar dan Dr. Zakaria Bahari perlu dihadami sebaik mungkin agar dapat melalui peperiksaan itu dengan jayanya. Pandangan ketiga-tiga mereka sebenarnya menjurus kepada 8 bentuk soalan yang mungkin ditanya oleh para pemeriksa.

1. Terangkan secara ringkas tesis anda.
2. Apa yang mendorong anda melakukan kajian ini?
3. Nyatakan sumbangan ilmu kepada bidang penelitian sama ada dari sudut teori atau praktis.
4. Setakat manakah dapatan yang diperolehi mengisi jurang yang dikenal pasti?
5. Perincikan kaedah analisis yang digunakan bagi menjawab soalan kajian?
6. Huraikan alat analisis kajian dan unit analisis kajian.
7. Apa justifikasi kaedah pemilihan sampel? pemilihan lokasi penelitian?
8. Adakah setiap persoalan kajian yang diutarakan telah dijawab? di bab mana?

Saya sendiri ada beberapa kemusykilan yang ingin ditanyakan kepada Sukiman, namun saya hanya sempat bertanyakan satu soalan, iaitu kesesuaian penggunaan perkataan 'deskriptif kualitatif' yang menurut saya agak berlawanan dengan sifat analisis kandungan.

Seperkara lagi yang teramat penting tetapi tidak sempat ditanyakan kepada beliau kerana kesuntukan waktu, ialah tentang sumbangan ilmu dari sudut teoretikal. Merujuk kepada tesis beliau, objektif ketiganya ialah mencadangkan kaedah pembangunan berteraskan Islam untuk pembangunan Acheh pasca tsunami. Sebagai audience, tentunya saya mengharapkan ada satu model (grounded theory) atau paling tidak, satu kerangka konsep yang diketengahkan untuk memenuhi objektif ketiga tersebut. Beliau bagaimanapun hanya mencadangkan 7 prinsip Pembangunan Berteraskan Islam yang dibina oleh Profesor Muhammad Syukri Salleh. Andai begitu kedudukannya, di manakah sumbangan ilmu kepada bidang penelitian dari sudut teoretikal?

Apa pun yang telah, sedang dan akan terjadi, saya bermohon kepada Allah moga-moga beliau dipermudahkanNya melalui peperiksaan ini dengan jayanya. Segala kesempurnaan pastinya milik mutlak Allah.