Foto: Bersama para pelajar lelaki program BBA(Kewangan Islam) Semester 7
Foto: Para pelajar bermaaf-maafan sesama sendiri dalam Majlis Restu Ilmu
Para malim kini dihambat pelbagai pendekatan Barat, misalnya LOKI, Aras Taksonomi, Student-Centered-Learning (SCL) dan sebagainya untuk dipraktikkan di institusi masing-masing. Semua pendekatan ini diyakini mampu membentuk para pelajar untuk menjadi lebih 'matang' dan 'bersedia' tatkala memasuki alam pekerjaan.
Di sebalik pelaksanaan semua perkara ini, saya lihat ada lompang yang cukup besar dalam kalangan pelajar kita. Jiwa terasa kosong...........sepi............... sikapnya selfish, A A A A (sasaran setiap subjek), nawaitunya entah ke mana, guru? (tak lebih sebagai instrumen meraih markah terbaik bagi subjek yang diambil). Tidak hairanlah kenapa hubungan murid-guru itu hanya bersifat sementara, tidak kekal merentasi masa. Tiada tautan hati antara kedua-duanya. Walhal inilah tradisi para ulama terdahulu. Saling berkasih sayang antara satu sama lain agar sama-sama dapat menghuni syurga bersama Rasulullah s.a.w.
Daripada pelbagai tradisi yang ada, majlis restu ilmu antara yang saya lakukan pada penghujung kuliah baru-baru ini. Terpamer betapa murid-murid saya begitu luhur hatinya, begitu hormatkan gurunya, begitu tinggi budi bahasanya dan begitu menyayangi saya. Inilah yang dikatakan 'tautan hati'....................................