Ada pelajar saya bertanya melalui FB. Bunyinya
begini: "Dr. Azrin, saya nak minta pendapat, apa yang perlu
saya jawab sebagai seorang pelajar kewangan Islam bila ada mengatakan:
“Sistem riba kita semua orang yang terkena
tempias kepada sistem ini sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Ini
kerana kita mengamalkan riba melalui pinjaman pelajaran, pinjaman rumah dan
kenderaan, kad kredit, simpanan bank, ASB dan Mutual Trust, insuran, kawalan
harga kerajaan bagi makanan dikeluarkan petani, nelayan dan penternak (paksaan
dengan memerah keringat pertani, nelayan dan penternak), perniagaan yang tidak
mengikut rukun Islam dsbnya. Adakah anda tahu skop dan dosa ditanggung akibat
mengamalkan riba?
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu
tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk
Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian
ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja
seperti riba”.
“Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli
(berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya
peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba),
maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi
haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi
lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya.”
(al-Baqarah, 275)
(al-Baqarah, 275)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu
kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang
masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang
beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan
riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN DARI ALLAH DAN
RASUL-NYA, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat,
maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang
demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi
oleh sesiapa.Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan
hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa
kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu
mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
(al-Baqarah, 279-281)
(al-Baqarah, 279-281)
“…Riba itu mempunyai 73 jenis; sedangkan yang
paling ringan adalah seperti seseorang yang bersetubuh dengan ibunya…”
(HR Ibnu Majah dan Al-Hakim)
(HR Ibnu Majah dan Al-Hakim)
“…Satu dirham (RM14) yang diperoleh seseorang
dari hasil riba lebih besar dosanya 36 kali daripada perbuatan zina dalam
Islam…”
(HR al-Baihaqi)
(HR al-Baihaqi)
Hadis menyatakan pemberi riba, pengambil riba,
perekod riba (semua lapisan pekerja bank), dan semua lapisan saksi seperti
peguam, hakim, pendaftar mahkamah, saksi perbicaraan, ulama dan ustaz, pengubal
undang-undang dsb adalah turut menanggung dosa riba (fungsi saksi ialah sesiapa
yang mengesahkan kebenaran perjanjian riba sebagai perjanjian sah; Fatwa).
Jabir r.a. meriwayatkan: “..Rasulullah melaknat
pemakan riba, pemberi riba, penulis dan kedua saksinya… Mereka itu adalah
sama…”;
(HR Muslim)
(HR Muslim)
Oleh itu jika kita membeli rumah RM100,000
dibayar dalam 30 tahun, bank mengenakan riba sebanyak RM300,000. Maka dosa bagi
riba ialah RM400,000 atau $28,571 Dirham, iaitu dosa menyetubuhi ibu sendiri
dan sebanyak 1,028,571 kali.
Begini jawapan saya
kepada pelajar saya:
Apa yang disebut oleh
insan tersebut sangat benar dalam hal yang menyatakan tentang haramnya terlibat
dengan transaksi riba. Memang benar juga apabila disebut begini: "sistem
riba kita semua orang yang terkena tempias kepada sistem ini sama ada secara
sengaja ataupun tidak sengaja." Namun begitu mengatakan bank Islam yang
ada di Malaysia tidak Islamik, bukanlah kenyataan yang tepat kerana 2 sebab:
1. Ada hal yang berada
di luar kawalan kita. SPI hanya wujud pada tahun 1983 di Malaysia. Ertinya,
kita telah menerima pakai SPK sejak sekian lamanya. Sistem sedia ada tidak
mungkin dapat kita hapuskan 100% melainkan kita adalah Perdana Menteri. Jika
begitu keadaannya, apa yang perlu dipastikan agar gelagat kita patuh syariah
adalah dengan hanya bertransaksi dengan mana-mana produk atau servis yang telah
diwartakan 'patuh syariah' oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh, kita tidak
boleh memperlekehkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tentang keharusan
melabur dalam ASB dan ASN. Meskipun kita berpandangan sebaliknya, ia bukan
tiket untuk mengatakan orang yang berpegang kepada ketetapan JFK sebagai tidak
patuh syariah. Apatah lagi Allah menyebut: "Allah tidak membebani
seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2:
286].
2. Realiti yang berlaku
dalam institusi kewangan Islam tidak semudah yang disangka. Banyak orang
bercakap tentang keidealan dalam pelaksanaan SPI. Ia berantaian dari satu
sistem dengan sistem yang lain. Sebagai contoh, ada orang memperlekehkan usaha
bank Islamik di Malaysia yang lebih tertumpu kepada pembiayaan berasaskan
hutang, tidak pembiayaan berasaskan ekuti. Tetapi tahukah kita bahawa ini
terjadi kerana pada ketika bank melaksanakan pembiayaan berasaskan ekuti,
banyak pula pelanggan yang ingkar dalam pembayaran balik sehingga menyukarkan
pihak bank untuk membayar hibah atau keuntungan pelaburan kepada para
pendeposit mahupun pelabur.
Oleh kerana itu, yang
terlebih penting adalah memastikan diri kita terutamanya, kemudiannya ahli
keluarga kita bebas dari sebarang aktiviti riba. Perbuatan didahulukan
(bukannya percakapan atau penulisan), kualiti amal diutamakan.