Tuesday, August 18, 2009

Braveheart


As reported in Utusan Malaysia (18 August 2009): "Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal berulang kali mengucap syukur selepas menerima kunci rumah di Taman Kurnia Jaya Pengkalan Chepa di sini hari ini, yang dihadiahkan kepadanya oleh kerajaan negeri. Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 itu kini memulakan hidup baru bersama keluarganya di rumah bernilai RM130,000 di kawasan yang dibangunkan oleh Binaraya PKINK Sdn. Bhd. Nik Nur Madihah, 18, menerima kunci rumah itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah. Ia sebagai penghargaan kepada bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi itu yang mencatat sejarah pencapaian tertinggi dengan memperoleh 19 A1 dan satu A2, walaupun dalam kehidupan dilingkari kemiskinan."

Things to be shared with you is not about this young lady (right) or her mother (left). It's all about 'spirit' to gain whatever mission and vision in our life. Regardless any forms of boundaries, once you really put your heart into it, your heart becomes 'brave' like 'braveheart'. You run, you live, at least a while. But for how long? You fight, you may die. But you endow something for your goodness. Just for one chance, we fight for ourselves for the benefits of Islam. May Allah grants us hidayah and taufiq. Allahuakbar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, August 15, 2009

List of Papers (2007-2009):

Alhamdulillah, I manage to have 12 papers as below:

Ahmad Azrin Adnan & Moh Azis Arisudi (2009). ”Kepatuhan Syariah Pengguna Bank Islamik: Satu Tinjauan Dalam Kalangan Muslim Di Terengganu” kertas yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia, 2-3 Disember 2009.

Ahmad Azrin Adnan & Wan Mohd Yusof Wan Chik (2009). "Peranan Badan Penasihat Syariah Dalam Pasaran Modal Islam: Antara Realiti dan Ideal" kertas yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Pasaran Modal Islam anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia, 28-29 Oktober 2009.

Ahmad Azrin Adnan (2009). ”Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Kajian Penentu Pemilihan Bank Menurut Perspektif Muslim Yang Ideal” kertas yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pasca Siswazah Sains Sosial anjuran Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 28-29 Oktober 2009.

Ahmad Azrin Adnan (2009). ”Pandangan Pakar Terhadap Penentu Ekstrinsik Pemilihan Bank: Satu Perspektif Muslim Yang Ideal” kertas yang dibentangkan di Bengkel Siswazah Antarabangsa ISDEV Kali Ke-4 anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia, 18-19 August 2009.

Ahmad Azrin Adnan (2009). “Faktor Pertimbangan Syariah Sebagai Asas Pemilihan Bank: Satu Perbincangan Pakar” kertas yang dibentangkan di Persidangan Sistem Ekonomi Islam Kali Ke-3 anjuran Universiti Sains Islam Malaysia, 15-16 Julai 2009.

Ahmad Azrin Adnan & Wan Yusof Wan Chik (2009). “Wakaf Sebagai Instrumen Pengekalan Hak Milik dan Perluasan Manfaat” kertas yang dibentangkan di Bengkel Antarabangsa Wakaf anjuran Universiti Muhammadiyah Sumatera Utara dan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia di Medan, Indonesia, 6 Mei 2009.

Ahmad Azrin Adnan & Zakaria Bahari (2008). “Islamic Consumer Behavior: Its Why and What” paper presented at The Globalizing Religions and Cultures in The Asia-Pacific Conference, Australia organized by the ARC Asia-Pacific Futures Research Network and The Adelaide Asian Studies Group, 1-5 December 2008.

Ahmad Azrin Adnan & Wan Yusof Wan Chik (2008). “Penentu Pemilihan Bank Menurut Perspektif Islam: Satu Sorotan Awal” kertas yang dibentangkan di Seminar Keusahawanan dan Kepenggunaan Islam II anjuran Universiti Malaya, 15 Oktober 2008.

Ahmad Azrin Adnan (2008). ”Shariah Consideration as a Bank Selection Determinant: Its Dominance Amongst Muslims in Malaysia” paper presented at International Conference On Social Sciences and Humanities organised by Universiti Sains Malaysia, Penang, 18-20 June 2008.

Ahmad Azrin Adnan (2008). ”Faktor Penentu Pemilihan Bank Dalam Kalangan Muslim: Antara Realiti Dan Ideal Menurut Gelagat Pengguna Berteraskan Islam” kertas yang dibentangkan di Bengkel Antarabangsa Pembangunan Berteraskan Islam anjuran Universiti Muhammadiyah Sumatera Utara dan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia di Medan, Indonesia, 14 April 2008.

Ahmad Azrin Adnan (2007). ”Pemilihan Sistem Perbankan Islam Dalam Kalangan Pengguna Muslim di Terengganu: Satu Cadangan Kajian Dalam Konteks Gelagat Kepenggunaan Islam” kertas yang dibentangkan di Bengkel Siswazah ISDEV Kali Ke-3 anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia, 12-13 Disember 2007.

Ahmad Azrin Adnan (2007). ”Kriteria Pemilihan Institusi Perbankan Islam Menurut Perspektif Gelagat Pengguna Berteraskan Islam” kertas yang dibentangkan di Persidangan Kewangan Islam Kebangsaan anjuran Universiti Darul Iman Malaysia, Terengganu, 27-28 November 2007.

Thesis Uniqueness

A friend of mine asked me, "What is so special about your work (thesis writing)?" I told him, "What factors drive bank choice is not a new research area but little work has been done related to shariah compliance among Muslims. To simplify that, my research focuses the human behavior for the benefits of human, while others (in the same research area) tend to be institution-oriented."

This uniqueness is also called as 'research gap'. There must be some reasons before you start conducting certain research. What is so special? Why should you do that? Is it a real problem? These are all questions that you should justify. I still remember my guru's (Professor Dr. Muhammad Syukri Salleh) analogy when defining the 'problem statement'. Just like when you decide to choose someone to be your wife. You have to tell your parents that this girl is bla, bla,bla....... (reasons, right?). In the end, you tell them how unique she is.

Friday, August 14, 2009

Pengukuran Skewness

Saya kini berada dalam fasa analisis bagi melihat realiti yang terdapat dalam kalangan Muslim di Terengganu khususnya gelagat mereka apabila memilih bank Islamik sama ada sebagai penyimpan, pelabur, peminjam atau pengguna perkhidmatan perbankan Islam (proksi pengukuran). Apakah benar mereka yang memilih bank Islamik kerana takutkan Allah atau sekadar mengikut tren atau gaya masa kini?

Untuk itu, pemilihan ujian statistik dilakukan dan tentunya syarat-syarat asas perlu dipatuhi seperti (1) jenis skala pengukuran, (2) kaedah persampelan, (3) bentuk taburan skor, (4) ciri-ciri persampelan; dan (5) saiz sampel.

Dalam kebanyakan ujian statistik, salah satu ciri-cirinya ialah data kajian perlu bertaburan normal. Macamana nak pastikan ini? Banyak caranya dan ia dapat dirumuskan dalam 2 bentuk:

1. Secara graf. Melalui bentuk ini, boleh lihat histogram, stem-and-leaf plot, boxplot, normal probability plot atau detrended normal plot. (Analyze>Descriptive Statistics>Explore)

2. Secara statistik. Melalui bentuk ini, boleh lihat Kolgomorov-Smirnov dan Shapiro-Wilk, skewness atau kurtosis.

Dalam ruangan ini, saya nak berkongsi sedikit pengetahuan saya tentang 'skewness'. Berapa nilainya yang membawa kepada 'data bertaburan normal'? Jawabnya, nilai 0. Tetapi nilai ini mustahil untuk diperolehi. Sama seperti menyifarkan kemiskinan, pengangguran dll. Dengan kata lain, semakin ia menghampiri nilai 0, oklah tu. Timbul pula persoalan lain, berapa 'range'nya? 0 hingga berapa? 1? 2? 3? atau berapa?

Untuk menjawab persoalan ini, saya dicadangkan oleh seorang sahabat saya untuk meneliti buku tulisan Anto Dajan (seorang Pensyarah Statistik dan Komputer, Universitas Indonesia yang merupakan graduan Universiti Harvard pada tahun 1960-1962) yang berjudul Pengantar Metode Statistik (Jilid 1), terbitan Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial (LP3ES), Jakarta pada tahun 1991 (cetakan ke-15).

Pada halaman 207-208, beliau mengemukakan beberapa pandangan pakar statistik tentang perkara ini. Ia dirumuskan seperti berikut:

Croxton & Cowden: +- 3
Menurut mereka jarang sekali meraih nilai +-1

Hotelling & Solomon (Judul buku: The Limits of Measure of Skewness yang diterbitkan dalam Annals of Mathematical Statistics): +-1

Bowley: +-0.3

Kenney & Keeping: +-2 (sederhana); > +-2 (data tidak bertaburan normal)

Karl Pearson: > 0.5 (data tidak bertaburan normal)

Sebagai kesimpulan daripada semua pendapat di atas, jika nilai skewness yang diperolehi itu ialah o.5 misalnya, sokonglah dapatan kita itu dengan hujah semua pakar di atas kecuali Bowley. Melainkan nilai yang kita dapati itu menghampiri nilai 0 dan ini boleh disokong dengan mudah sekali oleh mana-mana pakar statistik.

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir

Agak lama blog ini sepi tanpa sebarang kalimat. Kematian saudara Asri (Vokalis RABBANI) secara tiba-tiba mengiakan betapa berharganya setiap detik dan masa untuk senantiasa memperhambakan diri buat Dia Yang Maha Berhak demi kerukunan hablumminAllah dan saling bermaaf-maafan sesama insan demi kerukunan hablumminnas. Saya titipkan sebuah sajak yang dikirim oleh seorang rakan saya yang berbunyi begini:

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan
sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...
bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...
bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...
lorong-lorong redha Ar-Rahman duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...
paling berseri...menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu
hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas dan rahmat-NYA

Salam Ramadhan!