Friday, February 13, 2009

Antara Hamba dan Khalik

"Ingat kisah Yusuf a.s dan Zulaikha. Zulaikha menuduh Yusuf memperkosanya. Padahal dia sendiri (Zulaikha) yang tidak tahan dengan ketampanan Yusuf. Fitnah, itu semua fitnah. Zulaikha memfitnah Yusuf memperkosa dia hingga Yusuf dipenjara. Apakah Yusuf memberontak? Tidak, Yusuf tidak memberontak. Yusuf tahu Allah sedang berbicara dengannya. Kamu tahu apa yang dikatakan Yusuf? Kau mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf? Kata Yusuf: Ya Allah! Jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih untuk tinggal di penjara, tapi dekat denganmu daripada aku hidup bersama manusia pendusta. Allah sedang berbicara kepadamu tentang sabar dan ikhlas. Sabar dan ikhlas."

(Sedutan daripada Filem "Ayat-Ayat Cinta")

Wahai Saudara/ri ku yang ku kasihi, lihatlah betapa tingginya nilai akhlak Yusuf di hadapan Tuhannya. Tatkala ditimpa musibah sebegitu rupa, tetap dalam keyakinan bahawa Allah Yang Maha Berhak di atas segala perkara yang berlaku. Yusuf telah membuktikan kepada Tuhannya bahawa seluruh jiwa dan raganya hanyalah milik Tuhannya. Dialah maksud hidup Yusuf. Dialah kekasih awal dan akhir. Dialah segala-galanya.

Yusuf hilang dalam pandangan jasmani. Yusuf hanyut dalam kenikmatan cinta agung untuk bersama Khaliknya Yang Maha Jelita. Beruntunglah dirimu Yusuf sebagai manusia pilihan Tuhan. Semoga Allah menempatkan dirimu di kedudukan yang tinggi bersama para rasul dan nabi.

No comments:

Post a Comment