Sunday, January 10, 2010

4 Kumpulan Pengguna Perbankan Islam di Malaysia: Anda Kategori Mana?

Umumnya masyarakat Muslim di Malaysia boleh terbahagi kepada 4 kumpulan pengguna perbankan:

1. Faham tentang sistem perbankan Islam dan sangat mengambil berat unsur halal dan haram dalam penggunaan. Kumpulan ini pastinya pelanggan setia IPI meskipun perkhidmatan yang diraih tidak memenuhi jangkaannya.

2. Faham tentang sistem perbankan Islam dan mengambil berat unsur halal dan haram dalam penggunaan tetapi tidak dizahirkan dalam bentuk amalan seharian. Kumpulan ini berhubungan dengan kedua-dua institusi sama ada Islam atau konvensional.

3. Tidak faham sangat tentang sistem perbankan Islam tetapi cukup prihatin dengan unsur halal dan haram dalam penggunaan. Kumpulan ini berhubungan dengan IPI dan IPK (ada sesetengahnya hanya berhubungan dengan IPI). Walau bagaimanapun, hubungannya dengan IPI tidak lebih sekadar ikut-ikutan.

4. Tidak faham tentang sistem perbankan Islam dan pastinya tidak mengambil berat unsur halal dan haram dalam penggunaan. Justeru tidak kisah berhubungan dengan mana-mana institusi yang dianggap serupa sahaja. Paling penting, segala keperluan dan kehendak dipenuhi.

Daripada keempat-empat kumpulan ini, hanya kumpulan pertama yang disifatkan sebagai ideal dan patuh syariah sekali gus memenuhi tuntutan syarak. Marilah kita berusaha sedaya mungkin untuk berada dalam kumpulan yang pertama. Moga-moga Allah dan RasulNya tidak mengisytiharkan perang kepada kita yang Maha Dhaif dan Maha Memerlukan Belas KasihanNya. Tidakkah nasib kita seumpama telur di hujung tanduk, begitulah nasib kita yang ditentukan oleh Allah azzawajalla....

No comments:

Post a Comment