Friday, February 13, 2009
Pernyataan Masalah: Bagaimana Memahaminya Secara Mudah?
Dalam membincangkan bagaimana menghasilkan pernyataan masalah yang baik, perlulah difahami bahawa terdapat perkaitan yang sangat rapat antara latar belakang kajian, pernyataan masalah (PS), objektif kajian dan persoalan kajian. Setiap satu daripadanya bertaut di antara satu sama lain. Saya gunakan analogi berikut untuk menerangkan perkara ini. Katakan dalam soal kita dan perkahwinan. Dalam 'latar belakang', kita beritahu kepada orang tua kita bahawa kita sekarang telah dewasa, akil baligh. Dah ada kerja tetap dan sudah bersedia untuk tanggung anak orang. Dalam masa yang sama, kita memang teringin sangat nak kahwin. Dalam 'pernyataan masalah', kita beritahu orang tua kita bahawa daripada berjuta anak dara dalam dunia ni, kenapa gadis dari Kuala Terengganu jadi pilihan hati. Di sinilah kita kena tunjukkan pelbagai justifikasi kenapa dan mengapa orang tua kita harus menerima gadis yang kita cadangkan sebagai menantu mereka. Setelah selesai kita bahaskan PS, ia sebenarnya membawa kepada apa yang nak dicapai. Maknanya, objektif kita......mengahwini gadis dari Kuala Terengganu.Untuk mencapai objektif tu, ada beberapa persoalan yang perlu ditanya. Contohnya, rupa paras gadis tu macam mana? kerja apa? tahap pendidikan dia? dan pelbagai persoalan lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
analogi yang menarik. terima kasih.
ReplyDelete